Sebab membina Chatbot AI WhatsApp adalah servis premium kami, dan harganya tak murah — bukan sebab AI mahal, tapi kerana chatbot yang betul-betul faham pelanggan perlukan pengalaman dan ratusan jam ujian.
BAB 01
Hari ini semua orang cakap pasal AI, seolah-olah ia boleh selesaikan semua masalah dengan satu klik. Hakikatnya tidak — AI tak pernah faham bisnes anda, tak kenal pelanggan anda, dan tak tahu macam mana anda biasa jawab WhatsApp setiap hari.
Ini perkara yang kami sendiri lalui — berbulan-bulan mencuba, gagal, tukar prompt, bina semula knowledge, ubah persona — sampai lahir satu formula yang benar-benar boleh pakai dalam situasi sebenar.
BAB 02
Setiap pagi anda buka WhatsApp, notifikasi masuk tak henti — "Masih ada stok?", "Berapa harga?", "Boleh COD?". Pada mulanya seronok, tapi lama-kelamaan jadi beban.
Sedang makan, memandu, atau sebelum tidur pun masih balas WhatsApp. Kalau dibalas, tidur lewat. Kalau tak, takut pelanggan lari — dan akhirnya owner sendiri jadi customer service, admin, sales dan follow-up team sekaligus.
Ada pelanggan yang betul-betul nak beli, tapi sebab lambat dibalas, mereka beli daripada orang lain. Bukan sebab produk tak bagus — orang lain je lebih cepat jawab.
BAB 03
Ramai orang nampak hasil — chatbot yang menjawab dengan baik, buat follow up. Tapi mereka tak nampak proses di belakang tabir.
Prompt pertama gagal — terlalu panjang. Prompt kedua terlalu pendek. Prompt ketiga, chatbot mula mereka cerita sendiri. Kami ubah cara chatbot memulakan perbualan, bertanya, memberi harga, mengendalikan bantahan, sampai cara ia beritahu team sales bila ada lead panas — kadang cuma satu ayat, tapi kesannya besar.
BAB 04
Hai, saya Amirul Naim, pengasas Mindketer Academy. Sejak beberapa tahun lalu kami bantu usahawan bina sistem pemasaran digital — dari Facebook Ads, sales funnel, automasi WhatsApp, sehinggalah AI Automation hari ini.
Kami nampak satu perkara berulang: ramai usahawan ada produk bagus dan pelanggan berminat, tapi hilang jualan sebab proses menjawab pelanggan tak tersusun. Di situlah kami mula fokus kepada automasi — bukan gantikan manusia, tapi bantu manusia bekerja lebih bijak.
Kami tak mampu bantu semua orang walaupun tambah team — tetap ada had. Sedangkan setiap minggu kami terima mesej macam ni:
💬 "Bang, ada buka kelas tak? Saya nak belajar buat sendiri."
💬 "Saya baru berniaga, budget belum besar. Kalau ada kelas memang saya nak join."
💬 "Saya dah cuba AI, tapi chatbot saya macam robot. Boleh ajar tak?"
Selepas berbincang panjang, kami buat satu keputusan — bukan kelas penuh teori, bukan kelas coding, tapi kelas yang apabila selesai, anda terus ada chatbot pertama anda sendiri.
APA YANG AKAN ANDA BINA
Chatbot pertama anda yang menjawab pelanggan secara automatik.
AI bercakap ikut gaya anda, bukan macam robot.
AI faham produk, servis dan FAQ anda.
Dari salam pertama sehingga tempahan.
Prospek yang senyap tak lagi dibiarkan.
Lead panas terus dihantar kepada team anda.
SILIBUS
Apa yang perlu disediakan supaya AI faham bisnes anda.
Cara jadikan chatbot bercakap seperti manusia.
Supaya AI beri jawapan yang tepat.
Dari salam pertama sehingga keputusan.
Prompt yang kami guna setiap hari.
Pastikan prospek tak hilang begitu sahaja.
Lead panas dihantar kepada team dengan segera.
Checklist sebelum digunakan pelanggan sebenar.
SIAPA SESUAI
Kami tak ajar "magic prompt" atau jual mimpi AI bekerja sendiri tanpa anda. AI hanyalah alat — dan alat hebat tetap perlukan orang yang tahu menggunakannya. Kelas ini sesuai untuk pemilik bisnes, ejen/dropship, team sales, agensi, freelancer, atau sesiapa yang baru nak bermula.
Tapi mungkin tak sesuai kalau anda tak mahu guna komputer langsung, tiada produk/servis sendiri, atau cuma nak tengok tanpa mencuba.
HASIL AKHIR
Telefon masih terima WhatsApp — tapi kali ini anda tak tergesa-gesa balas semuanya. Maklumat produk dah diberi, soalan lazim dah dijawab, lead dah ditapis, dan pelanggan yang serius terus dihantar kepada anda.
BONUS KHAS
Sebab itu kami sediakan bonus yang akan mempercepatkan proses anda.
Template asas chatbot yang kami guna sendiri — tak perlu taip dari kosong.
Cara kami susun maklumat produk supaya AI benar-benar faham bisnes.
Template flow dari salam pertama sehingga tempahan.
Set prompt siap pakai supaya lead panas terus sampai kepada team anda.
JUMLAH NILAI BONUS
DEMO
Perasan? Chatbot tak terus beri harga — ia bertanya dan faham pelanggan dulu, barulah beri cadangan. Itulah beza chatbot biasa dengan chatbot yang dibina guna pendekatan jualan, dan inilah yang kami ajarkan sepanjang kelas.
HASIL SEBENAR
Client buat jualan RM9,400 sehari dengan Chatbot AI.
Client buat sehari RM24,000 dengan Chatbot AI WhatsApp sahaja.
Sales dari chatbot sahaja tembus lebih RM100k.
Ramai ingat chatbot ni penipu — baru 20 haribulan, sales dah nak RM500k.
KENAPA SEKARANG?
Pelanggan hari ini tak mahu tunggu. Kadang-kadang lima minit pun cukup untuk mereka membeli daripada orang lain.
DARIPADA AMIRUL NAIM
Saya sendiri tak sangka AI akan berkembang sepantas ini. Selepas nampak sendiri bagaimana AI kurangkan kerja berulang, saya sedar — teknologi ini bukan untuk gantikan manusia, tapi untuk beri lebih banyak masa kepada manusia. Kalau anda rasa inilah masanya, saya jemput anda sertai kami. Insya-Allah, kita bina chatbot pertama anda bersama-sama.
Founder, Mindketer Academy
JADUAL KELAS
Masuk live, terus boleh tanya dan buat sekali dengan kami — inilah kelebihan sebenar join secara live berbanding tengok recording semata-mata.
Recording akan dihantar Isnin, 10 Ogos 2026, jam 9 malam untuk semua yang mendaftar.
PENDAFTARAN DIBUKA — TERHAD 100 PESERTA
✔ Live di Zoom, 8 Ogos 2026, 9–11:45 malam
✔ Recording disertakan (hantar 10 Ogos)
✔ Template Prompt & Bonus Bernilai RM1,135
✔ Sesi Soal Jawab terus dengan Amirul Naim
Tempat terhad — klik butang di atas untuk kunci tempat anda.